Thursday, June 3, 2010

Kekejaman















31/05/2010

Dunia hari ini menyaksikan pertumpahan darah sekali lagi di perairan Gaza yang melibatkan aktivitis-aktivitis Misi Flotilla yang pada dasarnya hanyalah membawa bekalan kemanusiaan seperti perubatan, pakaian, makanan dan bantuan. Amat menyedihkan dan menggemparkan apabila rombongan ini telah di kepung oleh pasukan Komando Israel yang menuduh dan memprovokasikan bahawa rombongan itu membawa senjata dan kononnya menyerang mereka tatkala menahan dari meneruskan perjalanan menghantar bantuan itu.Kebiadaban Israel dengan jelas menidakkan hak orang2 palestin di Gaza untuk terus bernafas di bumi sendiri malah di kongkong di dalam penjara terbesar dunia buatan Israel iaitu semenanjung Gaza. Apakah masyarakat dunia harus terus berdiam diri dengan kekejaman yang di lakukan rejim Zionis terhadap penduduk palestin? jawapan ini haruslah kita tuntut dari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar seperti Jepun, China, Britain, Amerika Syarikat, Russia dan Jerman supaya memainkan peranan mereka agar bumi Gaza tidak terus bermandikan darah. Masyarakat dunia am-nya juga harus terus menyokong perjuangan pembebasan Gaza walau dengan apa cara sekalipun justeru membuktikan bahawa mereka (Israel) bukanlah ketua dunia yang sewenangnya merobek keamanan sejagat. Masyarakat Islam dunia juga mesti terus bersatu dan berdoa memohon bantuan dari Allah s.w.t supaya masyarakat palestin Gaza bebas dari cengakaman Rejim Zionis itu.

No comments:

Post a Comment