Saturday, February 19, 2011

Sedikit berita pembangunan buat semua..


Sedang menyemak-menyemak blog rakan-rakan kemudian terbaca artikel ni..
hmm..agak terpanggil utk share info ni.

Rancangan kerajaan untuk membina MRT (Mass Rail Transit) dari Sungai Buloh hingga ke Kajang amatlah dialu-alukan. Laluan sepanjang 51 km ini akan melalui kawasan baru (belum ada LRT atau tren) dan juga sedia ada dan mempunyai 35 perhentian seperti berikut:
  1. Sungai Buloh
  2. Kg. Baru Sungai Buloh
  3. RRI
  4. Kota Damansara
  5. Taman Industri Sg Buloh
  6. PJU 5
  7. Dataran Sunway
  8. The Curve
  9. One Utama
  10. TTDI
  11. Seksyen 17
  12. Seksyen 16
  13. Pusat Bandaraya Damansara
  14. Semantan
  15. KL Sentral
  16. Pasar Seni
  17. Merdeka
  18. Bukit Bintang Barat
  19. Bukit Bintang Timur
  20. Pasar Rakyat
  21. Cochrane
  22. Maluri
  23. Taman Bukit Ria
  24. Taman Bukit Mewah
  25. Leisure Mall
  26. Plaza Phoenix
  27. Taman Suntex
  28. Taman Cuepacs
  29. Bandar Tun Hussien Onn
  30. Balakong
  31. Taman Koperasi
  32. Taman Mesra
  33. Saujana Impian
  34. Bandar Kajang
  35. Kajang
Untuk yang ingin melihat dengan lebih dekat pelan pembangunan MRT ini, sila kunjungi hari terbuka yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Exhibition Hall 3, Mid Valley Convention Centre bermula 14 Februari hingga 14 May 2011, dibuka dari jam 10 am to 9 pm setiap hari.

*mudah-mudahan dengan adanya sistem MRT ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalulintas.

Saturday, February 5, 2011

MetaphoreTemasek unplanned Trip 03>04.02.2011


Temasek atau nama barunya Singapura. tidak dapat dilupakan tatkala mendapat pesanan ringkas dari sahabatku Faizal mengajak ke Singapura. dengan segera borang kebenaran keluar kuiisi dan tandatangan Ketua bahagian ku dapatkan untuk terus ke Jabatan Imegresen PKNS Shah Alam, membuat permohonan Pasport. sesampainya di sana, agak terkesima kerana ramai sungguh rakyat malaysia dan bangsa asing sedang membuat urusan masing-masing. Namun, kugagahkan jua semangatku mengkut niat asalku tadi, Pasport!!tanpa berlengah, kaunter pertanyaan kutuju bagi mendapatkan penjelasan proses permohonan justeru borang kuiisi. selesai mengisi borang, nombor giliran diberi sejurus lengkap borang yang diisi diperiksa pegawai terlibat. selesai mendapatkan nombor giliran, aku terus menuju ke bahagian menunggu untuk mendapatkan tempat duduk sementara menunggu giliran dipanggil. tatkala sedang duduk, aku terpandang kelibat sahabat lamaku, khairul Fahmi (ROTU), lantas kuhantarkan pesanan ringkas ke telefonnya. sejurus SMS itu sampai, dia tersenyum dan menoleh keliling bagi mendapatkanku. maka senyumnya makin lebar dan tanpa lengah terus dia mendapatkanku. Kami berbual panjang bertanya khabar dan bertukar pandangan. gilirannya agak awal, nombornya 4266 namun nomborku agak terkebelakang 4435, entah jam berapa bakal tiba giliranku. hatiku semakin gusar menunggu detik, alhamdulillah giliranku tampil dan selesai sekitar jam 5 petang setelah hampir 6 jam menunggu penuh sabar. perkhabaran gembira terus kusampaikan kepada Rozman dan Faizal bagi memastikan penyertaanku ke Singapura. selesai mengambil pasport, aku terus pulang ke pejabat dan tiba sekitar jam 6 petang. waktu pulang tiba, terus melangkahkan kaki pulang sambil mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan sekerja.

samapai di rumah, baju kususun didalam beg buat persiapan ke singapura, Abah dan Mak kuberitahu agar mereka tidak gusar dengan niatku itu. Malam itu, aku bersama rakan bermain badminton di Damansara sehingga jam 12 tengahmalam dan berhenti minum si Kayu Nasi Kandar sehingga jam 1.30 pagi sebulum masing-masing pulang sambil aku mengahntar azhar pulang. azhar tidak dapat menyertai perjalaan ke singapura atas sebab kekurangan modal. sesampai dirumah dan sebelum tidur, sempat aku memesan kapada mak agar mengejutkanku jam 4 pagi.

Pabila terjaga jam 4 pagi, aku terus bersiap-siaga dan bersedia sambil SMS dari Rozman masuk memesanku agar bersedia, Rozman(man) sampai dirumahku sekitar jam 4.15 pagi dan terus kami bergegas ke rumah syahir(baby) pula dan akhirnya kerumah Azmi(Jemut) sedang Faizal(pejal) telah sedai didalam kereta walau agak lewat bangun ujarnya. perjalanan bermula dari rumah Azmi menuju singapura tepat jam 5 pagi dengan semangat membara. perjalan an berehat sebentar di perhentian petrol untuk solat subuh dan bersambung terus sampai ke johor bahru.

Kami sampai di johor bahru sekitar jam 7.30 pagi dan terus membuat tempahan hotel di Grand Paradise. selesai menempah, kami terus mencari tempat untuk bersarapan dan pulang semula ke hotel untuk berehat. masing-masing tidur sekitar 1 jam 30 minit bagi mengembalikan tenaga yang hilang. selesai berehat, perut mula lapar buta makan tengahari dan tanpa berlengah kami terus bersiap sambil sempat bertanya kepada 'kak shima & the boys' lokasi nasi beriyani terbaik dan responnya memberi'detail' disekitar Plaza Angsana berhampiran pasaraya Mydin. pencarian kami berhasil menemukan restoran milik bumiputera Pak wan dan Mak Wa. aku memesan Nazi beriyani Kambing, man Nazi beriyani Kambing dan ayam kemudian daging lembu, Faizal Nazi beriyani ayam, syahir, Nazi beriyani ayam dan kambing dan Azmi Nazi beriyani ayam. pencarian nasi beriyani yang berhasil itu amat memuaskan hari dengan rasa kuah nya yang amat sedap sekali. selesai makan, terus kami bersiap memulakan tujuan utama kami ke Singapura. permulaaan pencarian jalan masuk agak memeningkan kepala lalu faizal bertanya kepada Fixie jalan mudah ke sana lalucuba melalui 'Highway second Link'. ternyata fikiran kami agak meleset dari jangkaan kerana jalan itu agak jauh sebenarnya. sampai hentian imegresen Malaysia, segalanya berjalan lancar namun agak tersekat sedikit ketika di Imegresen Singapura kearan syahir tidak sengaja cuba mengambil gambar di pos namun dimarahi oleh pegawai bertugas disitu. tidak habis disitu, kami diarahkan turun dan masuk ke pejabat imegresen bagi soal siasat ringkas dan gambar yang diambil tadi segera diarah padam. layan mereka agak kurang sopan bagai menaggap kami sebagai penjenayah membuatkan kami rasa kurang senang dan agak kecewa. selesai mengisi borang kebenaran merentasi sempadan, kami dipanggil satu persatu bagi meneliti wajah dipasport dan sebenar. Alhamdulillah, segalanya selesai namun terpaksa menunggu sebentar faizal mendapat kad pas atau 'cash autopass' dan meneruskan perjalanan setelah selesai.

Masuk melalui Tuas agak lancar namun memeningkan setelah kami berada di Highway kerana papan tandanya menggunakan ringkasan contohnya CTE=Central Expressway. bayangkan buat pelancong pertama kali seperti kami pasti amat sukar mencari jalan ditambah pula sistem 'flyover' tanpa 'U-turn' dan ' papan tandanya diletakkan betul2 disimpang setiap exit iaitu sudah terlalu rapat untuk membuat pilihan. hampir berputus asa kami mencari jalan ke Universal studio Singapura di Sentosa. namun, kami ambil langakah bijak dengan berhenti sebentar di petrol pam dan bertanya, alhamdulillah aku menemukan orang yg tepat buat bertanya, lelaki pemandu teksi berbangsa Melayu itu sangat baik dan bersungguh-sungguh mambantu lalu memberi arahan ke arah SENTOSA= CTE > KPE(PIE) > Telok Blangah gateway > SENTOSA dan alhamdulillah setelah agak lama berpusing-pusing, kami samapi jua akhirnya. Disebabkan waktu sudah petang kami hanya sekadar mamastikan tempat itu sahaja dan terus menuju ke pusat bandar iaitu Sinapore City yang tidak jauh dari situ. Sampai di Singapore City, kami terus ke Tamannya dan sesi fotografi selanjutnya bermula. Kami masuk ke komplek membeli- belahnya dan aku membuat sedikit pertanyaan di kaunter dan alhamdulillah, peta singapura kuperolehi. gembira dengan hasil peta yg diperolehi, kaim terus menelaahnya buat persiapan perjalanan esok. justeru pencarian hari pertama berhenti sekitar jam 7.20 malam dan kami meneruskan perjalan pulang ke hotel buat berehat. dalam perjalanan pulang, kami merancang untuk keluar makan selepas mandi, namun semuanya keletihan lalu terus tertidur dan hanya sedar keesokan subuhnya.

Hari kedua menjelma dengan penuh sinar, bersiap sedia bagi meneruskan perjalanan. perjalanan dimulakan dengan mengambil sarapan di restoran berhampiran, aku hanya sekadar memesan roti yg kulupa namanya, namun seakan tosai manakala rakan lain memesan nasi lemak. selesai sarapan, perjalan diteruskan dengan mengucapkan selamat tinggal kepada kak shima 'n' the boys atas keramahannya melayan kami. sekeping gambar diambil buat kenang-kenangan. hari kedua diteruskan melalui jalan utama iaitu Woodlan atau Tambak johor. perjalanan pagi itu agak lancar berbekalkan peta dan terus kami menuju ke Sentosa sambil melalui jalan-jalan penting seperti, ophir road, jalan kledek, jalan pisang, jalan geylang, pasar geylang dan sebagainya. perjalan samapi ke destinasi sekitar jam 11.

Bagaikan teruja, inilah pertama kalinya memasuki taman tema Universal Studio Singapura(USS) dan bakal dihabiskan sehari suntuk disitu. permulaannya, tiket dibeli, hasrat hati kami ingin mengambil fast lane ticket, tp harganya hampir mencecah RM300($140), justeru hasrat dibatalkan. masuk ke akwasan USS, perjalan dimulakan di 4D house of ogre, menyaksikan persembahan 4D filem shrek yang amat mengagumkan dengan kesan visual, pergerakan kerusi kami serta, audio yang mantap. siap pula efek percikan air dan labah2 menyerang kaki kami. selesai menonton, kami meneruskan permainan di lost wordl jurassic park dengan menaiki roller coaster, kemudian bersambung ke Ancient egypt. di sini, masa banyak dihabiskan menunggu, hampir sejam kami beratur namun penantian agak tidak sia2 walupun roller coasternya tidak berapa mengujakan kerana terlalu gelap. selesai disitu, kami melihat roller coaster paling terkanal iaitu Battlestar Galactica telah dibuka walaupun awalnya dimaklumkan ia ditutup. tanpa berlengah, kami terus beratur dan berkira-kira untuk naik yang mana satu agaknya, merah atau biru. cabutan dibuat namun akhirnya memilih biru, yang terdasyat mengikut carta iklan. tapi sayangnya kami ditrek yang salah iaitu merah naumun tidaklah mengecewakan hati kerana agak mengujakan juga. selesai di merah, kami menuju ke bahagi biru pula, hati berdetak namun teruja hendak mencuba dan akhirnya giliran kami sampai. permulaan yang agak suspen, disambut oleh putaran 360 darjah terbalik 2 kali disambung pula gulungan sudut dan efek kabus tatkala kepala kebawah cukup membuatkan kami teruja dan sangat berpuas hati. inilah yang dinamakan kesornokan roller coaster walaupun pada awalnya ketika baru naik hujan renyai sedikit, namun permainan tidak dihentikan. Yahoo!!!! masing-masing telah bermain puas dan yang terakhir itu cukup mebuatkan kepal kami berdenyut dan berpeluh seluruh badan. kemudian kami berhenti rehat dan mendapatkan air munuman sambil membeli sedikit cenderahati buat kenangan sahaja keran agak mahal hargana jika ditukar ke matawang Malaysia. cukuplah sekadar keychain dan magnet pelekat peti sejuk pesanan Mak. perjalanan pulang menyaksikan seorang sahabat kami muntah 2 kali gara-gara pening menaiki roller coaster berturut-turut, tapi alhamdulillah semuanya selamat. perjalan pulang diteruskan dan mengambil masa sekitar 5 jam dan aku selamat sampai dirumah jam 12.30pagi setelah selesai membuat perkiraan belanja minyak dan tol perjalanan. begitulah kisahnya di Singapura.