Wednesday, April 27, 2011

Ilmu songsang Pukau

Pukau, sekali dengar dah buat kita rasa risau, geram dan sedih. Jenayah pukau ni mmg dh selalu kita dengar, dan akan jadi lebih merunsingkan kalau kerap berlaku lebih2 lagi dalam kawasan kejiranan kita.
bayangkan sepanjang 2 minggu sahaja 3 kes direkodkan dan tiada sebarang tangkapan.seolah-olah pihak berwajib x mampu nak bendung masalah ni penjenayah menjadi berani dan semakin berani meneruskan aktiviti terkutuk mereka tu. di parahkan lagi, si pelaku adalah bangsa asing yang kononnya mencari rezeki di bumi bertuah kita ini, padahal lain yang dibuatnya. sedih hati ni bila dapat tahu, mangsa adalah dari kalangan kawan2 mak saya dan ada yang merupakan Ibu tunggal.Habis semua barang berharga, telefon bimbit, wang dikebas. saya dapat tahu, mereka menggunakan ilmu hitam/sihir, songsang iaitu dengan membakar kain kafan yang mengikat jenazah. jadi, hati2 jika terhidu bau2 pelik malam hari. sentiasa juga berwaspada disiang hari kerana penjenayah akan membuat rondaan bagi mengenalpasti rumah yang ada potensi utk dimasuki. Jika ternampak orang yang mencurigakan berlegar2 dikawasan kejiranan kita maka lekas2 lah membuat aduan. samalah kita membendung gejala ini. salam sejahtera.

No comments:

Post a Comment