Tuesday, February 7, 2012

Lata Medang, 2D1N 06-07 Februari 2012

Alhamdulillah, Selamat sampai di tempat letak kereta tepat jam 12.30 tngahari 7 Februari 2012 dengan mengambil masa perjalan turun sekita 1jam 30 minit. Ekspidisi Air Terjun Lata Medang memulakan perjalan pada 6 Februari 2012 sekitar jam 8.35pagi dari Sri Kundang ke Kg. Pertak, Kuala Kubu Baru Selangor. Barang2 perkhemahan dibahagikan mengikut kekosongan agar seimbang beban yg dibawa. perjalanan menuju destinasi bermula kira2 jam 10.10 pagi dengan menelusuri 2 jambatan gantung di Sg. Pertak sambil melihat beberapa keluarga sedang berkhemah dan mandi-manda menikmati dingin air pagi. semakin kedalam hutan, denai menjadi semakin kecil dan sempit menadakan jalan kurang dimasuki orang. pertama sekali berjumpang  2 simpang, kami mengikut haluan kiri seperti yg diceritakn pengembara sebelumnya di blog, kemudian haluan bertemu lagi simpang dan kanan pula menjadi pilihan kami kerana difahamkan laluan ke kiri adalah jalan ke air terjun yg lain. dalam perajalan yag agak berlecak dan berlumpur, kami berjumpa sekumpulan org asli sedang menjula hasil buahan mereka kpd peraih cina. kami hanya sekadar senyum tanda hormat dan perjalanan diteruskan dan bertemu simpang ketiga. kali ni kami ambil laluan kiri juga tanpa ragu. perjalan semakin mencabar tatkala bertemu laluan mendaki yg agak menguji stamina kami dgn laluan yg sempit dan licin disamping terpaksa lalu dibawah pohon yg tumbang ditengah jalan namun alhamdulillah, semuanya selamat. samapi dipenguhujung pendakian, salah seorang rakan berhenti sejenak kerana terlalu penat dan minum air sedikit..perjalan kemudian diteruskan dengan melalui jalan yg sedikit landai namun selang beberapa minit, kami diuji dengan laluan mendaki yg agak curam dan sempit, langkah menjadi sedikit perlahan kerana bebanan pikulan masing2 yg dianggarkan 11kg semakin terasa beratnya. namun, semangat terus dititp demi matlamat utama. setibanya di hujung cerun kedua, perjalan diteruskan dan berhenti sejenak di satu tempat yg pohon baru ditebang utk berehat. seorang rakan tanpa sedar telah digigit pacat celah jari. darah tidak berhenti, tp diletakkan sedikit kapur utk menghentikan pendarahan. selepas lebih kurang 3 minit berehat, perjalan disambung semula dan kami bertemu cerun ketiga yg boleh dikatakan lebih curam dari sebelumnya, berlahan-lahan kami naik dan saling membantu rakan yg menghadapi kesukaran, sampai dipertengan cerun, seorang rakan berhenti tanda lelah yg teramat dan hampir berputus asa dek kerana lapar tidak sarapan pagi. tanpa lengah, aku mengeluarkan makan kecemasan tambah tenaga iaitu kepingan coklat 'Snickers' dan memberikan kpd 2 rakan sambil menyuntik semangat. alhamdulillah, tenaga dirasakan kembali dan ekspidisi diteruskan memandangkan hari sudah semakin meniggi. disepanjang laluan, kesan atau bunyi air terjun masih belum kedengaran, namun sakit semakin menyengat dikaki seorang rakan namun digagahkan jua. perjalanan bertemu dengan sebuah titi yg diikat dengan rantai motosikal. disin, masing2 berhati menyberangi laluan kerana jurangnya agak dalam dan merbahaya. lebih kurang 10 minit berjalan lagi, kami bertemu sebuah lagi titi berhampiran lereng bukit yg agak gondol, seorang rakan meminta memeriksa semula informasi laluan bagi menganggar jarak lebihan utk sampai ke destinasi yg sekarang sudah menghampiri 2 jam perjalanan. aku mengaggarkan jarak sekita satu jam perjalan dan mmg tepat sangkaan. dari laluan titi itu, kami bertemu laluan lembab dan berair sedikit dibawah naungan pohon buloh yang membongkok hampir menutupi laluan. kami berehat sejeknak di satu kawasan redup utk minum air dan menggar jarak dan meneruskan semula perjalan melintasi anak air dari celahan batuan. Alhamdulillah, perjalan semakin hampir dengan petanda penemuan air terjun pertama dan perasaan sudah semakin girang. sedikit gambar diambil dengan beberapa rakan kemudian meneruskan sedikit lagi perjalanan dengan anggar 15 minit setelah diberitahu 2 org pengembara yg kami temui. air terjun kedua telah terlihat dan tidak sampai3 minit, kami selamat sampai De Destinasi utama Lata Medang. bagaikan hilang ayat, kagum melihat keindahan ciptaan tuhan dengan air terjun yg mengalir deras sekita 4 tingkat. penat dan lelah seakan hilang terus tatkala saujana mata menikmati keindahan dan kesejukan airnya disamping bunyi deruan yg menenangkan fikiran. sedikit foto diambil buat kenangan lalu kami turun ke air terjun pertama kerana tidak ada tapak utk memasang khemah di Lata Medang dan posisi agak merbahaya kerana terlalu hampir dengan air terjun.

Lata Medang
Lata Mecu, Lower Base

No comments:

Post a Comment